Friday, December 30, 2011

last 2011

Teringat aku tahun lepas, tepat pukul 12.00am, 1/1/2011 aku text Mr.Gensgter aku ni dengan ayat gila sweet anak mafia boleh taip macam tu. TAPI! Dia reply pun boleh tahan sweet. Mesej ucap selamat tahun baru ja pun. Aku still simpan tahu mesej pertama dia untuk 2011 tu.Hahaha. Rindu pulak zaman2 awal kami bercinta. Deng.

Sekarang ni kami dah genap setahun lebih2 dah. Weeeee. Syukur tuhan pelihara hubungan kami. 

Untuk 2012 yang akan datang ni, semoga hubungan kami bertambah baik erat padat dan padu. Hah! Ayat mafia tak? Kekekeke. Dan semoga kami kurang bergaduh. Ehem! Semoga aku kurang merajuk dan sentap. #bisikhatiapiet ;p

#bye 2011. Love you always Mr.Gengster

Thursday, December 22, 2011

ahad 18 disember 2011

18 disember.

Setahun yang lepas. Aku duduk depan laptop. Layan facebook. Chatting dalam group. Aku yang single hopeless alone tu tiba2 ada sorang lelaki hit chat kat fb. Awak tahu siapa saya maksudkan. From the fb chat, i ask him to open skype account to video chat with me. And yeah, he did  what i ask. 

We start skype-ing til the dawn. Thanks for the day! Because from that day i never walk alone anymore. Aku ada dia setiap susah senang aku. Aku ada dia untuk setiap jatuh bangun aku. Dia yang bawak hidup aku ke jalan yang betul kembali. Dia yang buat aku susun balik cerita hidup aku yang bersepah. Dia yang jadi penyokong untuk setiap apa yang aku lakukan. Lawak bodoh dia yang buat aku senyum. Leteran dia yang buat aku jadi manusia. Bukan aku nak menyanjung dia, tapi untuk setahun kehadiran dia dalam hidup aku, aku tahu aku banyak berubah dari aku yang dulu dan aku terima kasih untuk semua itu.

Aku bahagia. Sumpah. Aku tak tipu. Setahun jadi milik dia, aku rasa aku gadis yang bertuah. Punya dia yang sempurna untuk aku. Dia yang terima aku untuk siapa aku. Yang hari2 kena marah dengan aku tanpa sebab. Yang drive jauh2 dari Perlis ke Penang sebab nak jumpa aku. Yang habiskan duit untuk aku. Everything he did to me, make me speechless! Yang buat supersaver 2 3 kali dalam satu hari sebab rindukan aku. Yang kacau aku pagi2. Yang panggil aku gemok. Panggil aku ketot. Dia yang buat aku senyum. Ouh man! Im melting with you!

My dear hero superman gemuks buncit capang!


Untuk genap 365 hari kita bersama sayang. 

Damn i lost my words for this biggest day! I dont know what to say, i dont know what to write.

Ouh.. Ha! I LOVE YOU BABY!


Grrrr. Benci betul bila tak tahu nak taip apa. Hurmmmm. Aaaaaaaa, i think i dont have any sweet words  for you baby. LOL. Well, i'll wait you come to me. I miss you damn much. Sorry i did not do anything to celeb our day :( But i'll always pray we will celebrate this day every year till our last breath.


I wanna hug you tight, sleep on your arm, get kisses from you every morning ouh myyyy i want to live forever beside you. Share your happiness. Share your sadness. I want cook for you, wash car together with you,  planting flowers with you. I want clip your nails, massage your back, massage you head, iron you shirt, remove your sock, comb you hair, clean your ear.. Pfffttt, lots of things i want do with you baby. I hope it will be reality.


Urm... Last, happy our 1st anniversary baby. Lots of love for you. Take care and miss me always! <3


#aku nak gapai bintang sama2 dengan dia. doakan kami.

Wednesday, November 23, 2011

in trouble feeling

Hey Mr. A. Damn miss you. 

Lately aku selalu marah2 dia. Dia kacau aku pagi2 sekarang pun kena marah. Kejam betul aku. And sometime i miss damn much our old happy life. Why everything change? Did my wrong or did his wrong. Or both of us make wrong. It's bullshit feeling now i feel.

Doakan kami. Aku nak yang terbaik saja untuk hubungan aku dengan dia. 

#satu tahun tak lama lagi.

Monday, November 14, 2011

you was in relation with a lil girl

Heyya. How's your examination? Tak payah nak stress sangat tentang paper Math tu okey. Saya tahu kamu dah usaha sehabis mungkin. Tawakal je la. My best man takkan gagal kan. Sebab best man ada good girl yang selalu support :) Kehkehkeh.

Saya tahu kamu super busy sekarang dengan study. Bulan exam ni memang hidup lintang pukang sikit kan. Tidoq makan semua dah tak teratoq. So, saya pun macam malu nak kacau kamu. Ekekekeke. Tak kacau la sangat kan>.<

Maybe sebab kita lebih banyak mesej mesej dan mesej jadi bila kamu busy dan kurang layan saya, saya rasa macam erkkkk pelik lah. Bangun pagi tak ada mesej dari kamu, nak tidoq pun tak ada mesej dari kamu jugak. Sepanjang hari macam tertunggu2 kamu mesej ke call ke, tapi ...... Heeeeeee. It's okey. Saya faham. Tapi kamu faham2 lah anak mafia sorang ni, gengster2 jugak, tapi bab rindu ni, menangis jugak ~.~!

And you know what, it's 2 days already we're less connection and i start realize something! Saya terlalu menjadi gadis kecil  untuk kamu dan saya tahu kamu takkan bertahan lama kalau saya terus jadi gadis kecil ٩(×̯×)۶. Saya tahu stress kamu bercampur sekarang ni dengan perangai saya dan susah hati kamu tentang exam. 

Kalau boleh, saya nak jadi penyenang hati kamu tapi selalunya sebaliknya yang jadi. Huuu. It's so bad bad bad. Saya tak nak kehilangan kamu.

Kamu, doakan saya berubah. And i will work hard for it. I want to be your forever. Not for one night stand and everything gone :( 

#ini jujur dari hati saya. not just empty words. miss you A.

[Gambar] saya dan kamu. our happy time always playback in my eye


Sunday, November 13, 2011

rindu!

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

                                          -ombak rindu-

Rindu sebenarnya dekat Mr. Superman aku. Rindu nak renung muka dia lama-lama. Rindu nak tarik tangan dia. Rindu dia cium kepala aku. Rindu nak peluk dia. Rindu dia usik aku. Rindu nak naik moto dengan dia. Rindu nak duduk atas peha dia. Rindu dia tarik aku dekat dengan dia. Rindu dia. Betul rindu.

*tearsdon'trundownplease!

Masa. Cepat lah berjalan. Supaya cepat jarak antara kami menjadi dekat. Dekat sedekatnya. 

Hati. Jangan berpaling dari dia. Sebab separuh hati aku ada pada dia.

Kamu. Jangan tinggalkan saya. Sebab tanpa kamu saya pun pergi.

#ruang masa dan jarak ini buat aku  takut. takut segalanya berubah dan apa yang aku dan dia impikan jadi kenangan yang menyakitkan. 

Tuesday, November 1, 2011

jangan awak pergi dari saya

Lepas hampir setahun, aku dengan Mr. A memang serasi. Tapi dalam semenjak dua menjak ni, aku dan dia selalu pulak gaduh. Sampaikan Mr. A mesej aku tanya apa salah dia. Apa dia buat serba tak kena sekarang ni. Aku asyik nak mengamuk. Bebai. Haih. Kadang2 hal kecil aku up sampai jadi isu besar lepas tu bebai. Everything start from me :(

Kalau nak kira berapa banyak kali aku berjanji nak berubah, memang sampai Mr. A cakap dia dah penat nak marah aku. Nak tegur. Dia takut sebab benda2 macam ni nanti, hubungan kami berakhir. Memang mimpi ngeri bagi aku. Dan aku sendiri, kadang2 tertanya kenapa aku jadi macam ni. Asyik nak marah, nak bebai. Dan aku pun penat sebenarnya. Tapi kadang2 tak terkawal pulak. Ceh!

Perasaan takut tu memang ada la, takut Mr. A fedup dengan aku terus tinggalkan aku yang baran ni. Tapi syukur Allah dengar doa2 aku setiap kali lepas solat semoga hubungan kami dikekalkan. Dan setiap kali kami bergaduh, Mr. A tak pernah cuba simbah minyak bagi lagi panas. Dia jadi air yang menyejukkan. Wah ayat! Puitis you! Hekhok.

Serius2.

Yes, kadang2 je Mr. A bebai balik dengan aku tapi itu pun sat ja lepastu dia akan pujuk aku, slowtalk, cakap apa benda aku buat salah, boleh jejaskan hubungan kami dan yes! aku bertuah memiliki dia sebagai pakwe sebab dia sangat awsome dan kool. Dan hari-hari sayang aku dan <3 aku untuk dia bercambah mekar2 dan banyak terbang di udara. Weeeee :)

Aku rasa dia the perfect one yang Allah bagi kat aku lepas macam2 yang aku lalui. Dan ya! banyak benda sebenarnya yang dia buat tanpa aku sedar dan aku bangga ada dia. Even tak kaya tak boleh mewahkan aku, dia jaga aku lebih dari jaga diri dia mungkin. Even dia tak la sehensem mana, erkkk ayat cam nak turunkan market ja :p dia tetap yang paling hensem di mata aku. Well, i admit yang Fina and Nayli pun ada jugak cakap "Abang A hensem apa" ouh blablabla aku harap Mr. A tak kembang pungkoq bila baca ini.

Dan sebab semua ini, untuk apa yang dia beri pada aku, apa yang dia dah lakukan untuk aku, i heart him damn much. Mungkin kalau dia hilang, separuh diri aku pun hilang sama. 

Untuk kamu By <3
Saya tak pernah pun terfikir yang saya akan kenal kamu, berkawan dengan kamu, jatuh cinta dengan kamu. Sebab 1st saya tengok kamu bukan waktu kamu keluar sekali dengan saya naik kereta antik tu, tapi waktu kamu datang jumpa Lija time sem 1 dan saya tengok kamu sekilas je sebab tak menarik perhatian pun sebab saya tak suka lelaki rambut panjang dan kamu rambut panjang time tu dan sangat tak hensem :p #jujur

Tapi, bila kita mula dok chatting kat skype and 1st time kita video chat ouh my rupanya kamu hensem and im melting. Plus kamu memang pandai ambik hati saya dan yes yes yes saya terus nak kapel dengan kamu dan dari hari itu, alhamdulillah saya tak pernah rasa kurang sayangkan dan cintakan kamu sampai hari ini.

Untuk semua kesakitan yang saya buat dekat kamu, saya hadiahkan rasa cinta yang sangat besar sebagai tanda saya mintak maaf. Sorry buat kamu menangis kecewa dengan saya, sorry buat kamu demam sebab tunggu saya dalam hujan, sorry buat kamu tak tidoq semalaman fikirkan saya, sorry buat kamu keluar cari topup awal2 pagi untuk pujuk saya, sorry selalu kacau mood happy kamu lepak dengan kawan2 sebab perangai buruk saya, sorry selalu buat kamu risaukan saya sebab degil taknak pergi klinik and makan ubat bila tak sihat dan sorry for every single bad things i've done to you. 

Saya harap kamu terima tanda mintak maaf saya ni. Alololo meyh nak peluk kiss sikit :-*xoxo

Dan terima kasih selalu ada dengan saya waktu saya suka dan sedih. Jadi pelindung saya. Kamu badut yang ceriakan saya time saya menangis dan kamu menambah manis senyum saya waktu saya gembira. Yes! You're perfect atleast for me :) Dan thanks jadi back up saya time jemuan mengamuk dekat facebook :D Kamu memang buat saya selalu happy walaupun kadang2 geram jugak bila kamu buli and usik saya >.< Tapi saya sayang jugakkkkk. Hiks. 

Saya dah nak sambung study, nanti mesti kamu lega kan sebab awek kamu ni takkan nak kacau kamu study lagi sebab saya pun dah sibuk dengan life dekat U sama macam kamu. TAPI! Saya doa kita takkan jadi jauh sebab hal2 macamni walaupun memang hakikat kita jauh. Biar jauh dimata dekat di hati kan =) Kamu jaga diri tau dan selalu ingat saya ada dalam hati kamu.

Saya doa Allah dekatkan hati kamu dengan hati saya dan satukan cinta kita hingga ke akhir hayat.

I love you By <3

#love in the air bloom over my head. heart you Mr. A

Sunday, October 16, 2011

blog ini dan masa depan

Blog ini. Cerita tentang kami. Aku. Dia.
Segalanya. Aku simpan di sini.
Satu cara aku berkomunikasi dengan dia pun ye jugak.
Aku harap.
Blog ini terus ada. Sampai bila2.
Dengan watak yang sama. Aku. Dia.
Biar ini jadi kenangan teragung.
Untuk dia dan aku.

#jadi sebahagian diri kamu perkara termanis sedang terjadi dalam hidup saya.

Saturday, October 15, 2011

- - - -

Tuhan.

Kau letakkan rasa cinta dalam hatiku untukMu lebih dari rasa cinta untuk dia.

Monday, October 3, 2011

stereo hearts

My heart's a stereo
It's beats for your so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Sebenarnya kan aku tiba2 hilang idea nak tulis apa dalam sini. Tulis2 lepastu delete balik. Dah sepuluh kali ulang dan harap2 yang ni aku tak delete jugak. Purgh. Rasanya nafsu menaip dalam blog dah pupus kot. Heuheuheu. 

Ouh, haritu aku jumpa Mr. A. Kami dating. Urm, tak dating la sebab sekali dengan kawan2 dia. Tapi lots of fun lah jugak. Pergi ict masuk snow. Pergh, macam dekat obesi kuikuikui. Nasib baik tak jumpa couple comolot dalam situ tidak memang new york lah wei :p

Tapi taknak lah cerita pasal ict apa semua. Nampak macam noob gila pulak kan pergi ict yang wujud dah berkurun tu pun nak heboh.

You know what, kadang2 aku ni macam adik kecit Mr. A ja. Makan pun kena suap. Hohoho. I don't know if his friend annoying with me. Dengan pemalu teruk aku. Dah la  makan kentang putar yang sedap tu tak habis tapi bila Mr. A suap sedap pulak makan sampai habis. Sweetkan pembuli aku tu. Hiks. 

Well, sifat pemalu tu bukan aku saja2 ngada2 gedik2 nak buat pun. Natural. Im not like that when im with my close friends and my family. Tapi aku jadi pemalu dengan orang yang aku baru kenal. So, kawan2 Mr. A, so sorry for not so ramah tamah dengan anda anda semua. Maybe jumpa lagi dua tiga kali aku dah tak pemalu lagi. Lalalala.

Okey fine, lapaq pulak tiba2. Baby ni pun hingaq dok power puff girl. Bye Encik Superman saya. Muah.

#harap2 sampai tua kita akan selalu romantik sweet kekal jodoh muah muah i <3 you.

Monday, September 26, 2011

bintang cinta


Hai Encik Superman :) Saya tahu kamu sorang je baca blog ni, jadi hai kat kamu je la. Kihkihkih. Sebenarnya kan, saya teringat pagi semalam. Bila kita mesej2 sebab saya tak boleh tidoq tu. Kamu pulak sibuk siapkan drawing tu. Pagi ni pun saya sama jugak, tak boleh tidoq, tapi kamu awal2 dah tidoq. Saya call pun kawan kamu yang jawabkan. Tsk tsk.

Saya buka mesej belek2 baca pasal yang kamu cakap kira bintang cinta tu. Heeee. Kamu ni sweet kan. Sweet dalam diam. Dah la samakan jumlah bintang cinta saya yang ada kat kamu dengan harga dua bijik lamborghini. Mahal kot. Tapi kan, bintnag cinta kamu yang ada kat saya priceless. Tak boleh tukar dengan apa2 pun even letak 10 bijik lamborghini kaler pink depan saya. Insyaallah.

Encik Superman, kadang2 saya suka stalk fb kamu, bukak akaun fb kamu pastu kadang2 ada girl add kamu saya reject request. Kihkihkih. Kantoi sudah. Sorry kalau perangai saya annoying. Huhuhuhu. Lepastu saya suka marah2 kamu. Lagi saya selalu nak bebai2. Tapi saya dah tak bebai sangat kan? Kan? Baik cakap ye kalau tak saya merajuk. Hohohoho.

Encik Superman. Saya sayang kamu sangat2. Thanks being my man. Erk, sayang saya makin bertambah bila saya cakap saya sayang kamu. erk, Nanti saya sambung lagi. saya dah ngantok.

Bye sayang. Muah.

#he own my heart and he is priceless thing i have. thank Allah.

[Gambar] kalau nak beli lamborghini
 kat saya macam ni saya terima dengan redha. aummm.


Wednesday, September 21, 2011

hope we strong

Hey peeps =)

Aku sekarang dekat Shah Alam =) Erk, Shah Alam-Bangi? Dekat tak^.^ Nevermind. Kalau dekat 5 minit perjalanan pun belum tentu dapat jumpa. Dia busy~.~

Kadang2 aku takut faktor jarak dan masa yang buat aku dan dia jauh jadi punca benda buruk jadi. Ouh, mintak dijauhkan. Aku sayang hubungan kami ni. Biarlah jauh2 sekarang, susah2 nak jumpa sekarang, aku redha asalkan nanti, 1 day, sampai masa tu, aku dan dia akan dekat selalu, jadi yang halal untuk bersama, dan kami bersama selamanya.

Ouh, 18 September hari tu genap 9 bulan kami berdua=.='

Hari tu jugak aku pi interview UiTM. Harap2 bawak berkat. Aummm =)

Ouh, awal pagi tu kami Skype. Yay! Happy bila tengok muka dia kat screen. Rindu2. Lepastu macam senget aku boleh nangis. Dia la ni usik2 aku, buat ayat bagi aku sedih. Huwaaaaaa. Bila la nak jumpa dia. rindu sangat2 dah ni *.*

Heh. Sekarang ni nak taip panjang2 dah tadak idea. Tambah sekarang busy dengan budak2 kecit buas2 ni. Haih.

#Mr.A, nanti kita pegi tengok bini2ku genster nak? Saya kan gengster.. haha



Wednesday, September 14, 2011

jatuh cinta

Satu benda yang aku suka bila Mr. A buat ialah bila dia conteng wall fb aku. Benda yang jarang sekali dia buat dan berbeza dengan aku yang selalu conteng wall fb dia dengan love you miss u bla bla bla.

Dia jarang buat [baca: conteng wall fb aku] tapi bila sekali dia buat it make me melting dum dum dum jatuh dalam dasar paling jauh di hati dia. 

Itu saja aku nak cerita >.<

#big hug  and lot of kiss

Tuesday, September 13, 2011

facebook ni kadang2 misteri tau.

Aku online facebook. Tapi bukan akaun aku. Akaun Mr. A. Kehkehkeh. Nampak tak aku sedang jadi stalker berjaya untuk pakwe aku. Purgh. Ekceli aku suka online akaun facebook Mr. A lagi sebab friends dalam akaun facebook dia lagi banyak dari aku jadi seronok sikit nak baca status2 orang yang kadang2 lawak kadang2 ada pengajaran kadang2 macam sial lah puih. Kuikuikuikui. 

So, aku pun usha2. Buka wall kawan dia yang ni, yang tu, tengok2 gambaq, lepas tu aku klik la profile dia. Jengjengjeng. ada status dia up pagi tadi, siap tag nama aku tapi sepanjang aku online akaun facebook aku haram tadak pun status yang Mr. A tag kat aku tu. Kat notification pun tadak. hampeh punya facebook. 

Lepastu bila aku tengok dekat privacy dia aku rasa macam nak lempang dia la pulak kan. Dah la up status tag orang apa semua lepas tu boleh pulak kan dia set privacy dia ja boleh baca. *facepalm. Abehtu apa guna tag. Kuikuikuikui. 

Dah la ayat dia kemain buat aku melting. Tuptup tak sampai pun kat aku. Kecewa jugak tau. Nasib baik online akaun facebook dia harini lepastu belek2 profile dia. Lepastu dapat baca status dia tu. Lepas tu aku rasa cam nak ajak dia kawen sekarang jugak. Wootwoot.


Tettttttttttttttttt. I told you Mr. A is candy. Sweet. And make me melting sometime. XOXO.

Oh ermm, aku ada baca quote lebih kurang macam ni la

if kita selalu sebut i love you bla bla bla kat someone, tuhan akan kurangkan rasa sayang kita kat someone tu.

Errrr, betulkah? Cuak sikit sebab aku selalu sangat cakap i love you, saya sayang kamu, bla bla bla kat Mr. A. Huuuuuuuuuuu. Jadi lepas ni taknak i love you saya sayang kamu bla bla bla lagi lah. Nak save sampai kami sah jadi yang halal untuk satu sama lain. Lepas tu memang lepas dendam i love you sampai muntah. Kuikuikui.  Boleh? =.=

Errrmm. Baby>.< Sorry sebab selalu je fikir bukan2 pasal kamu lepas tu touching sorang2 lepastu update entry bukan2. Meh sini nak peluk sikit. Peluk mintak maaf. Muah ~.^

#jangan lupa makan ubat tau. jangan makan galaxy tu pulak. puipuipui. harap kamu cepat sembuh dari demam.

Monday, September 12, 2011

mesej di awal pagi

Tolak entry yang lepas yang emo macam nak mati. Ceh!

Pagi tadi, aku celik mata ja ada dua mesej. Dua2 dari Encik Superman. Yeah, sapa lagi lah yang nak mesej aku pagi2 selain dia. Kalau ada pun dari hotlink, maxis, 26333 on cinta apa jadah yang aku padam sebelum baca. Puih.

Mesej pertama tu mesej reply untuk last mesej aku semalam pagi tadi sebelum terlena. Mesej kedua yang buat aku eh suka la dengan mamat ni kadang2 macam tak peduli aku, kadang2 sweet gila. Aummm >.<

Dia bagitau aku dia tidoq then mimpi aku. Mimpi we had a happy family with a cute childs. Siap ada explain muka anak lelaki macam aku hidung macam dia. Kehkehkeh. Gila kau bangun tu memang senyum2 terus mesej selamat pagi kat dia. Hiks:)

*moga2 mimpi dia jadi kenyataan.

Terima kasih tuhan dah temukan aku dengan dia yang sangat membahagiakan. Dekatkan hatinya dengan hatiku, satukan cintanya dengan cintaku.

#kadang2 bila kita fikir orang kita sayang tak pedulikan kita, sebenarnya mereka lebih pedulikan kita dari kita pedulikan mereka.

tanda soal

18 September ni genap lah 9 bulan. Tapi kenapa saya rasa tak sedap. Macam ada yang tak kena. Selalunya perasaan saya selalu salah tapi entah lah.

Saya rasa macam kita makin jauh. Kamu macam dah lain. Macam bosan dengan saya. Tak tahu lah kalau saya yang tak boleh adapt dengan masa kamu yang sibuk tu. 

Betul, tak tipu. Kamu dah lain. 

Saya tak tahu la kalau2 ni perasaan saya ja. Tapi, kamu macam dah bosan dengan saya. Entah la. Kadang2 saya rasa saya yang lebih2 cari kamu. Yang nak melekat dengan kamu. Nak mesej 24/7. 

Mungkin perangai saya bukan macam kamu nak. Mungkin kamu dah mula muak dengan rutin kita. Mesej benda yang sama, bercakap benda yang sama. Yeah, im kinda a boring girl. Sorry.

Sorry if saya tulis benda yang merepek buat terguris hati kamu. 

Saya cuma nak kamu jujur dengan saya. Bagitau saya apa kamu rasa terhadap saya. Kadang2 saya rasa macam kamu terpaksa melayan saya. Atau kamu sedang paksa diri kamu untuk teruskan bersama saya.

Saya rindu Apiet yang dulu. 

Sungguh.

Friday, September 9, 2011

long-distance love


Cinta jarak jauh. Yeah. Aku dengan Mr. A dalam perhubungan jarak jauh. Dia nun di sana dekat Bangi, Selangor dan aku di sini, Pulau Pinang. Kurang lebih kami terpisah dalam jarak 372 kilometer. Itu kalau naik kereta, bas, lori. Kalau naik train? 7 jam kot. Kalau jalan kaki? Ikut kata google map 3 hari weh. 3 hari! Mahu aku sampai depan dia, dia tak kenal aku. Sebab muka hitam legam dia lagi putih dari aku sebab sun burn. Ceh! Jauh kan kami. Hahaha. 

Memang satu jarak yang boleh buat sesak nafas bila tiba2 perasaan rindu nak tarik rambut ke, nak bau ketiak ke erk bau ketiak pun nak rindu time2 bercinta ni. Ceh! Ouh, rindu nak lepak sama2 ke, nak lentok kepala atas bahu ke. Yeah, memang mintak air mata bertakung jugak lah. 

Memang dari mula lagi kami dah dalam keadaan yang jauh antara satu sama lain. 8 bulan lebih yang lepas, waktu aku jadi gadis Mr. A, dia di Perlis dan aku di sini jugak, Penang. Bila aku masuk kolej di Perlis, dia dah selamat di Bangi, sambung study. Jadi sudahnya, memang kami jarang berjumpa. Dan henpon memang penyelamat dunia. Yeah. facebook jugak. Blog ini dan blog itu jugak. Ouh! Skype jugak. Benda2 ni lah yang sambungkan aku dengan Mr. A. Yang jadikan impian aku kenyataan bila tiba2 nak dengar suara dia, nak tengok muka dia. 

#Agak2 kalau main surat2 tempek setem macam dulu2 tu best ke tak ha? Atototototo.

Yes, long-distance love ni memang kadang2 terlalu menguji. Berapa kali dah aku tersasar berperang dengan dia sebab rasa insecure yang tinggi. Tiba2 jadi tak percaya kat Mr. A. Jadi curiga dengan Mr. A. Terfikir bukan2 tentang dia yang jauh. Always aku yang mulakan. Aku yang rasa emo dia busy dengan assigment dah kata tadak masa dengan aku. Ops. Aku harap dia tak bosan dengan perangai aku T________T

Memang ramai yang kata, long-distance love ni selalu tak menjadi kalau tadak sifat jujur dan setia. Kalau tak kuat dengan percaya. Jadi aku sebolehnya tanam rasa percaya aku kat dia. Walaupun kadang2 aku guna jugak friend finder yang suka menipu tu untuk trace kat mana Encik Superman aku ada. Kehkehkeh. 

Aku ada baca dalam satu blog ni quote tentang long-distance love. 

Long-distance relationship is beautiful if only you put all your trust into your love for it is one of the reason your love stay forever.

Yeah, aku sedang tanam rasa percaya yang tidak berbelah bahagi untuk Mr. A. Aku sedang setiakan diri aku untuk Mr. A. Aku sedang jadi manusia jujur untuk terus hidup dengan Mr. A. Harap2 semua ni tak sia2. Harap2 Mr. A jugak sama. Harap2 dia jugak punya rasa yang sama dengan aku untuk hubungan kami.

Dan aku harap masa pantas berlalu untuk sampai ke waktu Mr. A dan aku jadi yang halal untuk bersama.

Untuk kesekian kalinya aku dalam perhubungan, aku harap ini yang terakhir dan selamanya. Aku harap tuhan tak tarik rasa cinta aku untuk Mr. A dan tuhan tak buang rasa cinta Mr. A untuk aku. Aku harap kami akan terus bersama. Aku harap tulang rusuk kiri yang menjadikan aku ini milik Mr. A. 

#aku tak tahu kalau dia masih tetap baca blog ni, tapi kalau dia baca, aku harap dia tak rasa annoying dengan segalanya tentang aku.

setengah mati.

rindu.

Thursday, September 8, 2011

i love him



Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

#you own my heart. 

Monday, August 29, 2011

last ramadhan

Hari ni hari raya. Kelmarin last puasa. And its awsome. Yeah, hari2 memang awsome bila berkaitan dengan Mr. A saya. Dah la, taknak panggl Mr. A lagi, nak panggil Encik Superman. Sebab mama cakap muka dia macam superman bila pakai spek. Kahkahkahkah. 

Ouh2. Nak cerita pasal last ramadhan tahun ni. Kuikuikui. Yay, last ramadhan tahun ni dan 1st time berbuka dengan Encik Superman. Hiks. Suka. 

Thanks god kali ni menjadi plan nak berjumpa. Hahaha. Anak mafia ni rindu teruk kot. Dah la hari tu time pi Selangor tu nak jumpa tak jadi. Huh. Benci. 

Encik Superman dari dulu suka betul main surprise2. Hari ni dia datang tak bagitahu. Memang suka lah aku dengan tak mandi, muka bersepah ja. Hohohoho. Tengah rajin kemas rumah tiba2 dia jengoi. Tanjat boboi. Hahahaha. Dah la mai dengan kawan dia, jatuh kredibiliti anak mafia tau sambut pakwe datang dengan muka tak mandi.

Lepas tu terus pi Queensbay. Yay! Saya dapat handbag. Yay lagi. Hahaha.

Lepas tu teman Encik Superman dengan kawan dia shopping. 

Lepas tu berbuka dekat KFC.

Lepas tu pi uptown.

Lepas tu balik.

Hari ni dah raya. Hahaha.

Update entry macam taknak update. Kehkehkeh. Saja je. Aku kan jenis pemalas sekarang. Nak update entry pun pendek2.  

Encik Superman memang buat aku melting tau. Tengah jalan nak pi kat keta tu curi2 dia kiss ubun2 kepala. Homagad. Suka. Hahahaha. Lepas tu whole day dengan dia hari ni pegang je tangan. Hahaha, takut aku hilang la tu. Kuikuikui. Lagi2 aku suka dia pakai spek. Kacak2. Hahaha. 

Tapi kan amik gambar 3 keping ja sebab aku malu2 dengan kawan dia. Hahaha.

Dah la, nak tidoq. esok siang nak beraya.

Ouh, harap2 dia datang rumah. Eh! rindu dia lagi tau. Tak puas jumpa. Kahkahkah. Gediks!

I love you Encik Superman. And selamat hari raya. Saya tahu saya banyak buat salah dengan awak. Muah.\

#bila pulak nak beraya sebagai suami isteri. eh! lariksssssssssss:)

Thursday, August 25, 2011

big hug for you


Boleh saya peluk awak?

Untuk buang rasa bersalah sakiti awak.
Untuk mintak sedikit perasaan tenang.
Untuk rasa yakin awak masih dengan saya.
Untuk percaya yang awak takkan tinggalkan saya.
Untuk buktikan saya memang betul nak jadi milik awak.
Untuk pinjam rasa sifat sabar yang awak miliki.
Untuk serap perangai kool yang ada pada awak.
Untuk jadi matang sama macam awak.

Dan.

Untuk lepas rindu saya dekat awak.
Untuk bisikan yang saya cinta awak.

#terima kasih sebab jadikan saya gadis dalam hidup awak.


Wednesday, August 24, 2011

kekok

Selalunya, apa2 terjadi. Aku lagi pilih conteng di sini, atau di sana. Dua ini juga medium terbaik aku nak sampaikan sesuatu untuk dia. Ya, aku tahu cuma dia yang jadi pembaca di sini dan di sana. Jadi, kalau ada yang tak kena, aku conteng di sini dan di sana dan berharap dia baca. 

Well, aku ada satu perangai. Dari kecik membawa ke besar tak pernah berubah. Buruk perangai. Baran dan bebal. Bodoh. Kadang2 perkara sekecil kuman boleh jadi isu untuk aku bebalkan. Dan perangai ini terbawa ke dalam alam perhubungan aku. Mungkin atas sikap kool dan penyabar dia, sikap bebal dan baran aku menjadi-jadi dan membawa ke kejadian hari ini [baca:kelmarin]

Kejadian yang membawa pulak ke perasaan ini. Kekok. Tiba2 segalanya rasa berlainan. Mungkin kesan bila dia kata "tak mungkin boleh jadi kenyataan nak tengok genggam tangan tok kadi sarung cincin cium dahi....." Atau mungkin saja aku yang berperasaan lebih. Emosi! Tapi memang kekok dan rasa lain.

*lapairmata

Dari segala sudut, memang aku yang salah. Hal bebal, hal mungkir janji, hal merajuk kuat. Ya, ya, ya. Aku semuanya. Maaf. Tapi, sekali saja aku nak tanya, tak nampak kah dia effort aku nak berubah? Takpa lah. Mungkin tak cukup banyak effort aku buat untuk berubah. Dan aku bukan bini dia lagi pun untuk kawal dia dan untuk dapat perhatian dia setiap masa. 

Mungkin lepas ni aku cuma perlu tekup muka dengan bantal sampai sesak dari aku lepas baran dan bebal aku dekat dia.

#kekok

sorry

*bawak diri.

Tuesday, August 23, 2011

i lie to you when i said i want to sleep

Kadang-kadang.

Aku cuma mintak sedikit perhatian dari kau.
Untuk aku terus percaya kau masih milik aku.

Thursday, August 18, 2011

hati merah terbang pergi ke dia.

Untuk kamu yang jauh sejauhnya dari saya.


Saya ada pakwe.
Dia belajar di sebuah universiti swasta.
Dia belajar bahasa perancis untuk kelas bahasa asing.
Dia ambil jurusan automotive maintenance.
Dia sangat suka dengan moto dan kereta lama.
Dia pun dah macam orang lama.
Ops #tekupmulut.

Pakwe saya seorang yang periang.
Dia jugak peramah.
Terutama dengan gadis2.
Dulu2 saya jeles tapi sekarang saya okey.
Sebab saya tahu walau peramah macam mana pun dia dengan sejuta gadis.
Cuma saya seorang dalam hati dia #firasatsayalah.

Kadang2 dalaam satu2 masa.
Setiap pagi dia akan telefon saya dan menjerit2 suruh saya bangun.
Saya tahu la dia jeles saya boleh tidoq dengan lena sedangkan dia kena ke kelas yang bosan.
Dan saya akan mula mamai sambil mengarut ngarut untuk terus lena.
Tapi bila dia letak saja telefon.
Saya dah tak lena.
Saya bangun dan senyum.
Sebab saya ada pakwe yang sweet walau kuat mengusik saya.

Saya dan pakwe saya jarang berjumpa.
Jadi bila kami berjumpa.
Saya adalah manusia paling happy saat tu.
Rasa macam nak jerit
"wei, aku tengah dating dowh" #sarcasm
Eh! Tak. Gurau saja.

Saya seorang yang panas baran.
Tapi pakwe saya adalah air yang sejuk.
Dia selalu tenangkan saya walau akhirnya dia yang kena marah.
Saya sayang pakwe saya.

Pakwe saya selalu cakap nak kahwin dengan saya.
Haih! Teruja tahu. 
Saya pun terus setuju.

Okey tu je nak tulis.
Nanti saya sambung lagi.

#perasan tak dah tak mafia sekarang.

Saturday, August 13, 2011

sebenarnya.

Sebenarnya ada benda saya nak tulis. Tapi saya tak tahu nak mula macam mana, dari mana. Jadi saya biarkan saja post di draft dengan tajuk dan blank space. 

Sebenarnya banyak benda saya nak taip. Semua untuk kamu. Yang selalu bermain dalam otak saya. Tapi saya tak tahu macam mana nak buat ayat mula.

Yang saya tahu. 

Saya rindu kamu.

#sekian.

Tuesday, August 2, 2011

sampai tua


Sampai tua macam tajuk  lagu fynn jamal. Aku pun harap kami sampai tua. Bukan. Sampai mati. Terus bersama. Terus bercinta. Terus bahagia. 

Dua tiga hari ni, lain macam aku rasa. Dengan perangai aku yang macam kena sampuk kejap ok kejap tidak, jauh dalam hati ada satu perasaan yang bercampur baur. Serba tak kena. Mungkin aku dah jauh masuk ke dalam mr. a. Dan aku takut kalau satu hari, dia paksa aku keluar dari dia. Mintak simpang.

Dan aku harap benar, dia takkan cari jalan keluar dari aku lepas dia dah masuk jauh. Harap-harap dia sesat dan terus nak tinggal sini - dalam hati aku selamanya.

#<3 itu cinta.


Monday, August 1, 2011

koken dan cigarette

[Gambar] mr. a macam dadah. makin kenal makin ketagih

Ya. Dia macam koken dan cigarette. Buat aku ketagih. Buat aku hilang punca. Mungkin aku mati kalau dia pergi dari aku-literally?

Kadang-kadang memang aku jadi budak-budak. Tahap insecure aku kat dia tinggi. Kadang-kadang rasa macam takut dia macam-macam belakang aku. Paranoid. Sadis.

Rimas - Memang dia rimas mungkin dengan perangai aku. Tapi dia tak tahu aku lagi rimas sebab berperangai macam tu. Aku tak tahu apa yang boleh buat aku hilangkan perangai ni. Jadi, sampai masa itu, aku harap dia boleh sabar walau ia merimaskan.

#sayang i love you. sorry for everything.


Thursday, July 28, 2011

aku cinta kamu dah kliche sangat.

Kamu dah jumpa mama dan abah. Ya. Langkah pertama yang baik. Dan saya suka itu. Sebab memang saya nak semua tahu saya milik kamu. Tapi kadang2 takut jugak. Kalau kita setengah jalan. Dan saya lost kembali. Sama macam setahun yang lepas. Kisah lalu. Tak payah ungkit.

Kadang2 saya pikir tentang kita. Janji2 kita. Sumpah2 kita. Boleh kah kita tunaikan. Atau sumpah tinggal sumpah.  Dan saya takut kita end up dengan cabang jalan yang berlainan. 

Buat masa ini, kalau saya terfikir nanti saya lihat kamu jalan pimpin tangan dengan gadis lain, saya akan bunuh dua2 sekali. Dan diri saya juga. Sebab bunuh kamu sama macam bunuh hati saya. 

Saya kadang2 tengok muka kamu dalam henpon bila saya rindu. Dan saya tak sabar tunggu masa yang kita sama2 impikan. Bila kamu dan saya dalam pakaian sedondon duduk atas pelamin. Harap mama dan abah setuju. Dan mak dan ayah kamu juga sama angguk setuju.

Kamu jaga diri baik2 kat sana. Dan saya terus setia tunggu kamu kat sini.

#i love you so much ismail noor @ mohd hafiz bin othman

Thursday, July 21, 2011

huh

Bukan aku ngada2 nak rembat baju dia pun. Mintak je nak letak dalam almari. Kalau rindu boleh jugak ambik peluk2 ke. Lolololo. Tu pun dia tak paham. Okey. Tak mintak dah baju dia.

Wednesday, July 20, 2011

infinity

[Gambar] hold me tight

saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus aishiteru

#im a noob. sooooo excited wo time kamu datang tadi. LOL

Sunday, July 17, 2011

lah,baru tujuh bulan.hurmmm


Selamat tujuh bulan kapel sayang. I love you sooooooooooo muccccchhhhhhh. Yummeh=o='. Nak mesej tadi tapi sending failed la pulak. Time call tu tak teringat. Teruja sangat kot dapat cakap engan kamu. Kehkehkeh. Baru kena tinggal sehari tu. Kalau seminggu? Koma. Deng :p

#muaaaaaaaaahhhhhmuahmuah.

Saturday, July 16, 2011

dunia tu bulat mana ada hujung



Cinta ini menggelisahkan aku
Membuat aku gila
Andai kita terpisah
Mati rasa-rasaku…

Cinta ini membodohkan aku
Menutup akal sehatku
Andai engkau tak di sisi
Risau isi jiwaku

Selama kau belum jadi
Milikku yang utuh
Aku akan slalu milikimu
Selama bumi masih kan terus berputar
Aku akan selalu menujumu
Walau ke ujung dunia

Cinta ini membodohkan aku
Menutup akal sehatku
Andai kita terpisah
Mati rasa-rasaku…

#sial argh habuk masuk mata. balik mesia cepat2. srotttttttttttttttsktsk.

Friday, July 15, 2011

mimpi

Aku betul2 mimpi dia. LOL. Jadi tak sia2 akut tidoq dan tak tunggu dia online semalam. Yang bestnya dalam mimpi tu dia bagi aku duit. Aummm. Boleh buat modal shopping neyh. Jadi, hai sayang. Bila nak jumpa? Riiiinnnnduuuuuuuuuu=)

is it angausawan?



Aku sign in skype. Aku online fb chat. Aku tunggu dia. LOL. Dia kan dok sms dengan aku. Terang lagi bersuluh dia cakap dia nak keluar dan tak mungkin dia sign in skype and online chat fb. Sigh. Bengap jugak kan aku neyh. Tak mafia langsung.

Aku rindu lah. Tapi sebab perangai aku pelik suka buat something tapi tak bagitau dan bila tak bagitau memang la dia takkan tau macam sekarang neyh aku tunggu dia sign in skype atau online chat fb sebab nak video call sebab aku rindu nak tengok dia jadi sebab aku pelik suka buat something tapi tak bagitau jadi aku terus rindu dan cuma renung skype yang sepi dan fbchat yang sunyi. Tambah lagi tadi tak topup kredit habis terus sunyi sepi henpon tu sebab dia pun mesti tak terfikir langsung nak call aku. Dia pun memang dah lama tak call aku kejut bangun pagi2 macam dulu atau saja2 call sebab gedik nak usik aku. Burrrrrrrr. Everything will change lorh. Nvmd=>

Aku tak tahu la kalau2 dia baca ke tak ni sebab blog ni yang dulu secret dah kantoi jadi dah tak secret maka kemafiaan aku pun dah ranap sebab kantoi buat belog jiwang2 macam neyh. Butthurt terus kena gelak dengan dia hari kantoi tu. Lulz.

Mafia tak mafia la sekarang aku dah rindu dia nak buat macamana? Nak tunggu sampai 5 pagi kot2 ulang KOT2 dia sign skype atau online fb chat. Peratus tu ada la 0.000001% jadi baik aku tidoq mimpi dia. Berbaloi sikit dari heart broken last2 tertidur depan screen dengan skype masih sign in dan fb chat masih online sedang kan #apiet  neither #แผ่นเหล็ก เท้าที่ tak menyala pun lampu hijau tanda dalam talian.


#kadang2 aku tak cakap apa aku nak, kadang2 aku cakap apa aku nak dalam hati saja,
sebab kadang2 aku harap kau paham apa aku nak walau aku tak cakap tapi kadang2 
saja kau paham tapi kebanyakkannya kau tak paham.


#girls is complicated creature and i am a girl.

Tuesday, July 12, 2011

208 + 157


17,884,800 saat, 298,080 minit, 4968 jam to go.

Friday, July 8, 2011

kantoi


Saya sayang awak Mr. A.

#kau duduk dalam situasi sesukar mana pun, aku janji kalau Allah izinkan, aku akan selalu kat sisi kau. your mum will be okey. insyaallah. 

Thursday, July 7, 2011

topup

Dalam zaman kegawatan ekonomi ni, aku sebagai anak mafia pun dah tak mampu nak pegang kertas2 duit juta2. Memang rasa diri amat miskin bila bukak wallet yang tinggal debu2 yang sesakkan hidung aku saja. Tambah kad2 bank yang dalam bank ada saki baki duit yang tak boleh aku keluarkan. 

Jadi. Bila tak ada duit, maka henpon aku pun jadi sunyi sepi sebab tak mampu beli kad topup maxis RM5. Situasi yang sama juga di pihak Mr. A. Kami sama2 sengkek. Jadi aku mula rindu.

Jadi sebab tak boleh mesej, balik keja saja. Ouh kantoi anak mafia dah jadi kuli si botak boroi. Lulz. Sambung. Balik keja saja aku terus mintak berukben abang aku nak online facebook. Harapan Mr. A online dan dah dari awal kami memang sehati sejiwa, memang dia online. 

Tapi.

Tak sempat aku nak lepas rindu pun dia dah sign off. Keluar. Mana arah tuju dia pun aku tak pasti. Futsal mungkin. Lepak dengan kawan2 mungkin. Buat kereta mungkin. Tapi yang pasti aku kecewa. Yang aku boleh cakap dalam hati. Yang aku mampu senyum dan tekan daftar keluar dari mukabuku. Esok lusa mungkin aku online lagi.

#aku rindu kau bukan main2. kalau boleh aku nak kau selalu tepi aku supaya aku boleh pandang kau puas2 sebelum masa sampai aku terus pejam mata.

Tuesday, June 21, 2011

love never less


Untuk dia yang aku sayang, cinta aku kat kamu tak pernah berkurang sejak dari kita declare untuk bersama. 

Aku cinta kamu.

#i thought this secret blog is already knowing by mr.a. blushing. bye.

Sunday, June 12, 2011

mr. a

Dia sangat sweet. Sumpah sweet tapi tak romantik. Dia seorang pembuli tegar. Aku anak mafia yang selalu jadi mangsa buli dia. Dia suka mengusik aku. Kadang2 sampai nak angkat kaki letak kat muka dia. Tapi tak sampai. Sadis. Jadi aku cuma mampu pura2 merajuk. Dan dia akan terkial2 pujuk aku. Buat lawak sarkas biar aku senyum. Agak lawak sangat terus gelak. 

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpikat dengan dia. Yes. Jatuh tersungkur terus dalam hati dia. Nama dia terus aku tatookan dalam hati aku. Jarang aku rasa sayang sampai nak ajak kawen terus. Tapi dengan Mr. A. I keep talking about married bla bla bla. I don't want to lose him. I want him for the rest of my life. 

Mr. A yang manjakan aku secara kasar. Kalau sakit dan taknak makan ubat, dia ugut nak bagi makan dengan botol2 ubat terus bila jumpa nanti. Kalau aku bebai2 nak sesuatu, dia bukak sabda dia miskin tak dak apa untuk dikikis. Ceh. Yes, perlahan-lahan, dia bawak aku untuk memahami erti hidup susah. Dia pernah plan nak bawak date dengan aku cara orang miskin. Tapi plan not accomplish. Huhuhu:)

Dah nak dekat 6 bulan kami bersama, sumpah aku rasa bahagia itu. Mr. A yang selalu buat aku senyum. Yang layan sikap baran aku. Yang kena marah bila aku lapaq. Mr. A yang faham aku. Aku cinta dia untuk seluruh hati aku. Takda belah2 bahagi kat orang lain dah.

Aku harap dia tetap jadi Mr. A aku selamanya. Sebab aku nak jadi awek mafia dia sampai akhir hayat.

#Mr. A aku rindu kau. kau tahu ke tak?

Saturday, May 7, 2011

hope

 

Mr. A aku harap kau yang jadi pengantin lelaki waktu hari perkahwinan aku nanti. Aku harap kau yang lafaz akad nikah sebut nama aku depan tok kadi nanti. Aku harap kau yang sarung cincin belah rotan kat jari manis aku nanti. Aku harap kau yang ambil gambar dalam pakaian pengantin dengan aku nanti. Aku harap kau jadi suami aku sampai mati.

Thursday, May 5, 2011

hati

[Gambar] Mr. A saya sedang gilakan kamu.

Semalam. Aku bergaduh dengan Mr. A. Punca. Chat facebook. Ya, aku memang kuat cemburu. Hati anak mafia aku tak tegar dalam hal2 berkaitan cinta ni. Hal2 tengok kekasih hati chat gedik2 dengan perempuan lain. Jadi aku mula mengganas. Mr. A tetap relek. Cuma ada jugak ayat kesian2. Serius aku sentap. Tak tahu kenapa tapi aku mula nak bebai. Jadi, macam biasa, aku yang akan mula angkat pistol nak tembak kepala Mr. A. Okey tipu ja.

Pagi. Aku tunggu Mr. A mesej. Macam nak baling jugak henpon masuk lubang jamban. Nasib baik sebelum aku betul2 buang henpon masuk lubang jamban Mr. A mesej aku. Ya, mesej untuk terima aku sindir2 dia pasal chat facebook. Memang marah aku tak habis lagi. Dan kemuncak, Mr. A explain segalanya dari a sampai z. Baru reda marah aku.

Aku sayang Mr. A. Apa ingat anak mafia tak reti sayang orang ke? Heh. Aku memang cepat sentap bila ada mana2 perempuan ramas mesra dengan Mr. A. Memang kadang2 tak patut untuk aku jeles. Tapi hati aku memang hati tisu. Lulz. Anak mafia hati tisu? Adeh terkantoi. Malu. Blushing terus pipi ai tahu. Lalalala.

Kadang2 aku sendiri rasa perangai aku ni annoying. Kesian Mr. A kena layan perangai aku yang meletup marah tiba2. Merajuk, bebai. Tapi Mr. A tetap pujuk dengan cara dia yang buat aku terus gelak lepas tu. Ya, Mr. A sangat sweet sebenarnya walaupun dia tak romantik langsung.

Sekarang ni aku sangat rindu Mr. A. Dia tengah berfoya2 dengan kawan2 dia kat sana. Tapi tetap sms dengan aku. Berani tak sms. Aku pergi pancit tayar kereta nanti. Hehehe. aku tak sabar tunggu dia balik sini. Nak peluk dia kuat2. Nak sedut2 bau perfume dia pakai. Sumpah aku suka. Nak dia kiss pipi aku tanpa aku sedar. Sweet okey:) Erk. Sudah. Nanti ada yang jeles pula. GTG. Bye.

#Mr. A. Jaga diri anda sebaiknya sebab saya juga sedang jaga diri saya baik2 untuk awak.

Monday, May 2, 2011

rindu

[Gambar] i love you more and more day by day

Kredit henpon aku RM0.00. Maksud. Aku tak boleh nak sms dengan Mr. A. Damn. Baru stop mesej 15 minit, aku mula rindu dia. Serius. Aku angau mungkin dengan Mr. A. Tak boleh berenggang mesej langsung. Selain hari Sabtu lepas yang aku pergi berfoya2 dengan kawan2 aku tu.

Esok Mr. A mula exam. Pukul 9 paper english pukul 2 paper add math. Sempat aku wish good luck tadi dekat dia. Harap2 dia oleh jawab exam baik2. Yang terbaik aku doakan untuk Mr. A. Biar dia lulus cemerlang dan masuk meminang aku. Teheee. Gatal.

Kami ada plan nak pergi holiday. Bila Mr. A balik sini untuk cuti akhir sebelum masuk semester baru. Aku harap plan tu menjadi. Sebelum aku tamat kolej bulan Jun depan. Dan aku nak habiskan masa sebaiknya dengan Mr. A. Ya, itu impian aku. Biar boleh kami cipta memori indah2 saja untuk dikenang. Cis, apa kes anak mafia jiwang semacam ja ni? Haih.

#haih. serius rindu. acene neyh?

Saturday, April 30, 2011

mr. a bila bebai boleh tahan gedik dia tapi bila aku marah lagi ganas


Kemaren aku pergi berfoya2 dengan kawan2 aku. Kami pilih tempat basah2 untuk kepuasan. Geng mafia mesti la tempat kena thrill. Main slide dalam ayaq habis thrill dah kami rasa. Untuk masa berfoya2 dengan kawan2, henpon kami semua campak dalam loker seharian. Ya. Kami dikelilingi ayaq sampai lupa di darat ada yang menanti merindu.

Bila naik, aku tengok henpon. Ada 5 mesej. 2 dari kawan aku yang tak join kami berfoya2 dan 3 lagi dari Mr. A. Aku tahu dia rindu aku. Baru tinggal seharian dah rindu. Sweet betul. Tapi mesej terakhir dia memang tak sedap betul aku baca. Dia suruh berfoya2 sampai esok [baca:hari ini]. Aku mula tak senang hati. Ada unsur bebai ditinggalkan di situ.

Aku mula mesej dia. Tak ada reply.

Aku order burger. Apa kena mengena ni?

Aku call pula. Operator suara perempuan yang jawab. Babi.

Aku pilih keychain. Aku snap dua tiga gamabar. Masih mood berfoya2. 

Aku call kali kedua. Operator suara perempuan yang jawab kali kedua. Lancau.

Lima minit aku diam.

Dia mesej. Suruh berfoya2 lagi. Aku gelak. Aku kata dah puas berfoya2. Dia bebai lagi. Aku reply mesej muah2 pun dah tak mampu buat dia gersang. Ceh. Aku anak mafia. Mana reti pujuk2. Tapi merajuk reti. Haih. Aku garu kepala. Aku mms gambar keychain nama aku dengan Mr. A biar nampak sweet. Dia suka tapi bebai lagi. Gedik betul bebai lama2. Last2 aku bukak cerita aku nak beli rantai tangan. Dan berkesan. Dia tak bebai. Hehe. Ceh penat aku pujuk. Baik aku bukak cerita lain dari awal. Huhuhu. Tapi comel pulak Mr. A bila bebai. Selalu aku je bebai, sekali sekala dia bebai jadi lain macam perasaan nak memujuk. Heeee:)

Tapi, lepas tu bila kantoi dia sakit perut sampai cirit birit dan perut masuk angin sebab tak makan aku terus meletup marah kat dia. Dah jadi bangang pulak aku bila Mr. A sakit aku tak ambil peduli siap berfoya2 dengan kawan2 tinggalkan dia. Tambah lagi dia topupkan kredit henpon untuk aku tapi dia sendiri tak makan sebab tak ada duit. Aku rasa macam erkk teruknya aku. Aku tacing. Marah aku sampai Mr. A hantar mesej ayat sedih baru aku hilang marah kat dia. Lepastu kami pun mesej gembira2 balik. Hekhekhek. Gedik's.

Tapi ni sekali lagi Mr. A dok bebai sebab aku takmau mandi dari pagi tadi dia suruh. Macam dia bau busuk aku tak mandi sampai bebai2 suruh aku mandi. Aku ingat lepas mandi kalau dia bebai lagi aku nak bukak cerita pasal nak beli sabun pula. Mungkin dia tak bebai dah lepas tu. Hehehe.

#Mr. A saya rindu kamu. Balik sini cepat2 ye sayang.

Tuesday, April 26, 2011

bahagia

[Gambar] my smile only appear when you beside me

Sabtu dan Ahad lepas Mr. A balik kampung. Jadi tahap gedik aku meningkat secara tiba-tiba. Jerawat galak yang tak pernah timbul tiba-tiba berteduh elok kat pipi putih aku. Amboi. Peluang yang ada untuk kami jumpa, kami gunakan sepenuhnya melepaskan rindu. Lepas rindu bukan lepas sangap. Jangan biru sangat otak tu.

Hari pertama jumpa. Mr. A bawak aku pergi makan dekat kedai makan dekat depan taman rumah dia. Lepas tu kami pusing satu tasik. Agak bosan kami terus pergi tepi pantai. Amboi sweet kemain duduk tepi pantai sambil main luku kepala. Itu cara anak mafia macam aku berkasih sayang. Kamera henpon 2.0 megapiksel aku dah kami anggap macam DSLR harga ribu2 tu kemain bahagia snap gambar. Puas lepak tepi pantai kami balik.

Hari kedua jumpa. Mr. A dah tak tahu nak kemana. Jadi kami pergi satu tempat dalam hutan. Eh, bukan pergi buat benda tak senonoh. Dala hutan tu ramai orang pergi. Sebab ada gua. Ada sungai boleh mandi. Nama tempat tu Gua Kelam. Hehehe. Tapi sayang, titi runtuh jadi kami tak boleh masuk dalam gua. Kereta api pun tak jalan. Okey. Esok aku ingat nak ajak geng aku bakar je tempat tu. Senang. Tak dak la nanti ada pulak yang pergi sia-sia macam aku dengan Mr. A rasa. 

Lepas tu kami pergi makan kat kedai yang tak bagi sudu dan garfu kalau order nasi putih. Memang pure ciri2 kemelayuan kat kedai tu ajar pelanggan makan guna tangan. Lepas tu Mr. A bawa aku pergi tempat rekreasi ada bukit. Mr. A cabar aku panjat bukit tu. Sebagai anak mafia yang pantang dicabar, aku terus tarik tangan Mr. A ajak panjat sama2. 

Setengah jalan aku dah pancit. Gila kau pakai jeans, pakai kemeja, pakai selipar tiba-tiba panjat bukit. Memang goyang lutut oeky. Tapi aku kan anak mafia yang gigih. Lepas Mr. A peluk sikit belakang, cium dahi lebih kurang, terus semangat balik. Sampai puncak bukit, aku tersandar kat batu mintak nyawa. Penat dia tuhan ja yang tahu. Time penat tu, memang pesen aku mulut automatik membebel bukan-bukan. Mesti Mr. A penat layan perangai aku time tu. Hehehe. 

Sampai bawah, sebotol mineral aku langah dengan penuh gaya. Fuh. Nikmat.

Memang nanti kalau jodoh aku dengan Mr. A panjang, kami kawin dapat anak, dapat cucu. Bila cucu tanya nanti apa tok dulu masa muda2 time bercinta dengan tokwan tok buat apa? memang aku akan jawab dengan penuh gaya tok mafia time tu tok dengan tokwan dulu bercinta gaya ganas, kami panjat bukit time dating. Style kan cu. Hekhekhek. Kompem cucu2 kami ternganga terus ajak pakwe/awek masing2 panjat bukit jugak. Nasib la sapa yang kapel dengan cucu kami nanti. Hahaha.

Sekarang ni Mr. A dah ada kat Bangi. Lagi sebulan kot dia balik sini pula. Aku pun jadi anak mafia control ayu balik. Mesej dengan call ja pengubat rindu. Harap-harap Mr. A jaga diri baik2 kat sana. Tak gatal2 dengan awek lain. Bukan aku jeles. Cuma aku takut Mr. A dengan awek tu dapat pengalaman makan bata dari aku. Huhuhuhu.

Mr. A. Anak mafia ni sayang kamu. Rindu kamu tahu even baru sehari kamu balik pi Bangi. Cepat-cepat balik sini okey. Tak sabar nak beramas mesra lagi dengan aku. Aummmm.

#Mr. A bebai aku tak bagi url blog ni. kehkehkeh.

Monday, April 25, 2011

sayang saya Mr. A


[Gambar] dalam perhubungan

Aku anak mafia. Dia Mr. A. Yang suka buli aku. Cis, memang jatuh saham aku sebagai anak mafia asyik kena buli dengan Mr. A. Tapi aku sayang dia sangat-sangat. Sebab Mr. A sangat sweet. Sweet dengan cara dia sendiri.

Sekarang ni Mr. A dalam dewan dekat universiti dia tengah solat hajat. Aku pulak dekat rumah sewa tengah buat blog ni. Dia tak tahu pun. Sebab aku cakap kat dia aku deactive blog aku sebelum ni. Padahal aku tukaq nama blog dengan url. Aku save as draft semua entry lama. Dan aku cipta blog ni.

Part best nama blog ni Mr. A yang bagi. Saja aku cakap nama blog dia bagi tak ganas. Masakan anak mafia nak guna bunga-bunga buat jadi nama blog. Tak macho langsung. Tapi sebab aku anak mafia yang hati cute, aku guna jugak nama blog Mr. A cadangkan. Baru nampak ada nilai sentimental kan kat blog aku ni. Okey fine. Aku anak mafia jiwang sikit. Lalalala.

Sekarang ni aku dah jemu pulak. Nak mesej Mr. A nampak sangat aku ni angau sampai dia pi solat hajat pun nak jugak mesej. Cis. Aku kena juga jaga air muka anak mafia yang solehah ni. Jangan sampai semua kata anak mafia menag semua jahil. Tidak. Tu fakta salah. Anak mafia ada jugak yang beriman. Layak buat bini. Kan Mr. A?

#aku rasa kena off sebelum kantoi aku buat blog ni. kalau blog ni reveal kat orang yang kenal aku. malu>.<'