Monday, September 26, 2011

bintang cinta


Hai Encik Superman :) Saya tahu kamu sorang je baca blog ni, jadi hai kat kamu je la. Kihkihkih. Sebenarnya kan, saya teringat pagi semalam. Bila kita mesej2 sebab saya tak boleh tidoq tu. Kamu pulak sibuk siapkan drawing tu. Pagi ni pun saya sama jugak, tak boleh tidoq, tapi kamu awal2 dah tidoq. Saya call pun kawan kamu yang jawabkan. Tsk tsk.

Saya buka mesej belek2 baca pasal yang kamu cakap kira bintang cinta tu. Heeee. Kamu ni sweet kan. Sweet dalam diam. Dah la samakan jumlah bintang cinta saya yang ada kat kamu dengan harga dua bijik lamborghini. Mahal kot. Tapi kan, bintnag cinta kamu yang ada kat saya priceless. Tak boleh tukar dengan apa2 pun even letak 10 bijik lamborghini kaler pink depan saya. Insyaallah.

Encik Superman, kadang2 saya suka stalk fb kamu, bukak akaun fb kamu pastu kadang2 ada girl add kamu saya reject request. Kihkihkih. Kantoi sudah. Sorry kalau perangai saya annoying. Huhuhuhu. Lepastu saya suka marah2 kamu. Lagi saya selalu nak bebai2. Tapi saya dah tak bebai sangat kan? Kan? Baik cakap ye kalau tak saya merajuk. Hohohoho.

Encik Superman. Saya sayang kamu sangat2. Thanks being my man. Erk, sayang saya makin bertambah bila saya cakap saya sayang kamu. erk, Nanti saya sambung lagi. saya dah ngantok.

Bye sayang. Muah.

#he own my heart and he is priceless thing i have. thank Allah.

[Gambar] kalau nak beli lamborghini
 kat saya macam ni saya terima dengan redha. aummm.


Wednesday, September 21, 2011

hope we strong

Hey peeps =)

Aku sekarang dekat Shah Alam =) Erk, Shah Alam-Bangi? Dekat tak^.^ Nevermind. Kalau dekat 5 minit perjalanan pun belum tentu dapat jumpa. Dia busy~.~

Kadang2 aku takut faktor jarak dan masa yang buat aku dan dia jauh jadi punca benda buruk jadi. Ouh, mintak dijauhkan. Aku sayang hubungan kami ni. Biarlah jauh2 sekarang, susah2 nak jumpa sekarang, aku redha asalkan nanti, 1 day, sampai masa tu, aku dan dia akan dekat selalu, jadi yang halal untuk bersama, dan kami bersama selamanya.

Ouh, 18 September hari tu genap 9 bulan kami berdua=.='

Hari tu jugak aku pi interview UiTM. Harap2 bawak berkat. Aummm =)

Ouh, awal pagi tu kami Skype. Yay! Happy bila tengok muka dia kat screen. Rindu2. Lepastu macam senget aku boleh nangis. Dia la ni usik2 aku, buat ayat bagi aku sedih. Huwaaaaaa. Bila la nak jumpa dia. rindu sangat2 dah ni *.*

Heh. Sekarang ni nak taip panjang2 dah tadak idea. Tambah sekarang busy dengan budak2 kecit buas2 ni. Haih.

#Mr.A, nanti kita pegi tengok bini2ku genster nak? Saya kan gengster.. haha



Wednesday, September 14, 2011

jatuh cinta

Satu benda yang aku suka bila Mr. A buat ialah bila dia conteng wall fb aku. Benda yang jarang sekali dia buat dan berbeza dengan aku yang selalu conteng wall fb dia dengan love you miss u bla bla bla.

Dia jarang buat [baca: conteng wall fb aku] tapi bila sekali dia buat it make me melting dum dum dum jatuh dalam dasar paling jauh di hati dia. 

Itu saja aku nak cerita >.<

#big hug  and lot of kiss

Tuesday, September 13, 2011

facebook ni kadang2 misteri tau.

Aku online facebook. Tapi bukan akaun aku. Akaun Mr. A. Kehkehkeh. Nampak tak aku sedang jadi stalker berjaya untuk pakwe aku. Purgh. Ekceli aku suka online akaun facebook Mr. A lagi sebab friends dalam akaun facebook dia lagi banyak dari aku jadi seronok sikit nak baca status2 orang yang kadang2 lawak kadang2 ada pengajaran kadang2 macam sial lah puih. Kuikuikuikui. 

So, aku pun usha2. Buka wall kawan dia yang ni, yang tu, tengok2 gambaq, lepas tu aku klik la profile dia. Jengjengjeng. ada status dia up pagi tadi, siap tag nama aku tapi sepanjang aku online akaun facebook aku haram tadak pun status yang Mr. A tag kat aku tu. Kat notification pun tadak. hampeh punya facebook. 

Lepastu bila aku tengok dekat privacy dia aku rasa macam nak lempang dia la pulak kan. Dah la up status tag orang apa semua lepas tu boleh pulak kan dia set privacy dia ja boleh baca. *facepalm. Abehtu apa guna tag. Kuikuikuikui. 

Dah la ayat dia kemain buat aku melting. Tuptup tak sampai pun kat aku. Kecewa jugak tau. Nasib baik online akaun facebook dia harini lepastu belek2 profile dia. Lepastu dapat baca status dia tu. Lepas tu aku rasa cam nak ajak dia kawen sekarang jugak. Wootwoot.


Tettttttttttttttttt. I told you Mr. A is candy. Sweet. And make me melting sometime. XOXO.

Oh ermm, aku ada baca quote lebih kurang macam ni la

if kita selalu sebut i love you bla bla bla kat someone, tuhan akan kurangkan rasa sayang kita kat someone tu.

Errrr, betulkah? Cuak sikit sebab aku selalu sangat cakap i love you, saya sayang kamu, bla bla bla kat Mr. A. Huuuuuuuuuuu. Jadi lepas ni taknak i love you saya sayang kamu bla bla bla lagi lah. Nak save sampai kami sah jadi yang halal untuk satu sama lain. Lepas tu memang lepas dendam i love you sampai muntah. Kuikuikui.  Boleh? =.=

Errrmm. Baby>.< Sorry sebab selalu je fikir bukan2 pasal kamu lepas tu touching sorang2 lepastu update entry bukan2. Meh sini nak peluk sikit. Peluk mintak maaf. Muah ~.^

#jangan lupa makan ubat tau. jangan makan galaxy tu pulak. puipuipui. harap kamu cepat sembuh dari demam.

Monday, September 12, 2011

mesej di awal pagi

Tolak entry yang lepas yang emo macam nak mati. Ceh!

Pagi tadi, aku celik mata ja ada dua mesej. Dua2 dari Encik Superman. Yeah, sapa lagi lah yang nak mesej aku pagi2 selain dia. Kalau ada pun dari hotlink, maxis, 26333 on cinta apa jadah yang aku padam sebelum baca. Puih.

Mesej pertama tu mesej reply untuk last mesej aku semalam pagi tadi sebelum terlena. Mesej kedua yang buat aku eh suka la dengan mamat ni kadang2 macam tak peduli aku, kadang2 sweet gila. Aummm >.<

Dia bagitau aku dia tidoq then mimpi aku. Mimpi we had a happy family with a cute childs. Siap ada explain muka anak lelaki macam aku hidung macam dia. Kehkehkeh. Gila kau bangun tu memang senyum2 terus mesej selamat pagi kat dia. Hiks:)

*moga2 mimpi dia jadi kenyataan.

Terima kasih tuhan dah temukan aku dengan dia yang sangat membahagiakan. Dekatkan hatinya dengan hatiku, satukan cintanya dengan cintaku.

#kadang2 bila kita fikir orang kita sayang tak pedulikan kita, sebenarnya mereka lebih pedulikan kita dari kita pedulikan mereka.

tanda soal

18 September ni genap lah 9 bulan. Tapi kenapa saya rasa tak sedap. Macam ada yang tak kena. Selalunya perasaan saya selalu salah tapi entah lah.

Saya rasa macam kita makin jauh. Kamu macam dah lain. Macam bosan dengan saya. Tak tahu lah kalau saya yang tak boleh adapt dengan masa kamu yang sibuk tu. 

Betul, tak tipu. Kamu dah lain. 

Saya tak tahu la kalau2 ni perasaan saya ja. Tapi, kamu macam dah bosan dengan saya. Entah la. Kadang2 saya rasa saya yang lebih2 cari kamu. Yang nak melekat dengan kamu. Nak mesej 24/7. 

Mungkin perangai saya bukan macam kamu nak. Mungkin kamu dah mula muak dengan rutin kita. Mesej benda yang sama, bercakap benda yang sama. Yeah, im kinda a boring girl. Sorry.

Sorry if saya tulis benda yang merepek buat terguris hati kamu. 

Saya cuma nak kamu jujur dengan saya. Bagitau saya apa kamu rasa terhadap saya. Kadang2 saya rasa macam kamu terpaksa melayan saya. Atau kamu sedang paksa diri kamu untuk teruskan bersama saya.

Saya rindu Apiet yang dulu. 

Sungguh.

Friday, September 9, 2011

long-distance love


Cinta jarak jauh. Yeah. Aku dengan Mr. A dalam perhubungan jarak jauh. Dia nun di sana dekat Bangi, Selangor dan aku di sini, Pulau Pinang. Kurang lebih kami terpisah dalam jarak 372 kilometer. Itu kalau naik kereta, bas, lori. Kalau naik train? 7 jam kot. Kalau jalan kaki? Ikut kata google map 3 hari weh. 3 hari! Mahu aku sampai depan dia, dia tak kenal aku. Sebab muka hitam legam dia lagi putih dari aku sebab sun burn. Ceh! Jauh kan kami. Hahaha. 

Memang satu jarak yang boleh buat sesak nafas bila tiba2 perasaan rindu nak tarik rambut ke, nak bau ketiak ke erk bau ketiak pun nak rindu time2 bercinta ni. Ceh! Ouh, rindu nak lepak sama2 ke, nak lentok kepala atas bahu ke. Yeah, memang mintak air mata bertakung jugak lah. 

Memang dari mula lagi kami dah dalam keadaan yang jauh antara satu sama lain. 8 bulan lebih yang lepas, waktu aku jadi gadis Mr. A, dia di Perlis dan aku di sini jugak, Penang. Bila aku masuk kolej di Perlis, dia dah selamat di Bangi, sambung study. Jadi sudahnya, memang kami jarang berjumpa. Dan henpon memang penyelamat dunia. Yeah. facebook jugak. Blog ini dan blog itu jugak. Ouh! Skype jugak. Benda2 ni lah yang sambungkan aku dengan Mr. A. Yang jadikan impian aku kenyataan bila tiba2 nak dengar suara dia, nak tengok muka dia. 

#Agak2 kalau main surat2 tempek setem macam dulu2 tu best ke tak ha? Atototototo.

Yes, long-distance love ni memang kadang2 terlalu menguji. Berapa kali dah aku tersasar berperang dengan dia sebab rasa insecure yang tinggi. Tiba2 jadi tak percaya kat Mr. A. Jadi curiga dengan Mr. A. Terfikir bukan2 tentang dia yang jauh. Always aku yang mulakan. Aku yang rasa emo dia busy dengan assigment dah kata tadak masa dengan aku. Ops. Aku harap dia tak bosan dengan perangai aku T________T

Memang ramai yang kata, long-distance love ni selalu tak menjadi kalau tadak sifat jujur dan setia. Kalau tak kuat dengan percaya. Jadi aku sebolehnya tanam rasa percaya aku kat dia. Walaupun kadang2 aku guna jugak friend finder yang suka menipu tu untuk trace kat mana Encik Superman aku ada. Kehkehkeh. 

Aku ada baca dalam satu blog ni quote tentang long-distance love. 

Long-distance relationship is beautiful if only you put all your trust into your love for it is one of the reason your love stay forever.

Yeah, aku sedang tanam rasa percaya yang tidak berbelah bahagi untuk Mr. A. Aku sedang setiakan diri aku untuk Mr. A. Aku sedang jadi manusia jujur untuk terus hidup dengan Mr. A. Harap2 semua ni tak sia2. Harap2 Mr. A jugak sama. Harap2 dia jugak punya rasa yang sama dengan aku untuk hubungan kami.

Dan aku harap masa pantas berlalu untuk sampai ke waktu Mr. A dan aku jadi yang halal untuk bersama.

Untuk kesekian kalinya aku dalam perhubungan, aku harap ini yang terakhir dan selamanya. Aku harap tuhan tak tarik rasa cinta aku untuk Mr. A dan tuhan tak buang rasa cinta Mr. A untuk aku. Aku harap kami akan terus bersama. Aku harap tulang rusuk kiri yang menjadikan aku ini milik Mr. A. 

#aku tak tahu kalau dia masih tetap baca blog ni, tapi kalau dia baca, aku harap dia tak rasa annoying dengan segalanya tentang aku.

setengah mati.

rindu.

Thursday, September 8, 2011

i love him



Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

#you own my heart.