Monday, August 29, 2011

last ramadhan

Hari ni hari raya. Kelmarin last puasa. And its awsome. Yeah, hari2 memang awsome bila berkaitan dengan Mr. A saya. Dah la, taknak panggl Mr. A lagi, nak panggil Encik Superman. Sebab mama cakap muka dia macam superman bila pakai spek. Kahkahkahkah. 

Ouh2. Nak cerita pasal last ramadhan tahun ni. Kuikuikui. Yay, last ramadhan tahun ni dan 1st time berbuka dengan Encik Superman. Hiks. Suka. 

Thanks god kali ni menjadi plan nak berjumpa. Hahaha. Anak mafia ni rindu teruk kot. Dah la hari tu time pi Selangor tu nak jumpa tak jadi. Huh. Benci. 

Encik Superman dari dulu suka betul main surprise2. Hari ni dia datang tak bagitahu. Memang suka lah aku dengan tak mandi, muka bersepah ja. Hohohoho. Tengah rajin kemas rumah tiba2 dia jengoi. Tanjat boboi. Hahahaha. Dah la mai dengan kawan dia, jatuh kredibiliti anak mafia tau sambut pakwe datang dengan muka tak mandi.

Lepas tu terus pi Queensbay. Yay! Saya dapat handbag. Yay lagi. Hahaha.

Lepas tu teman Encik Superman dengan kawan dia shopping. 

Lepas tu berbuka dekat KFC.

Lepas tu pi uptown.

Lepas tu balik.

Hari ni dah raya. Hahaha.

Update entry macam taknak update. Kehkehkeh. Saja je. Aku kan jenis pemalas sekarang. Nak update entry pun pendek2.  

Encik Superman memang buat aku melting tau. Tengah jalan nak pi kat keta tu curi2 dia kiss ubun2 kepala. Homagad. Suka. Hahahaha. Lepas tu whole day dengan dia hari ni pegang je tangan. Hahaha, takut aku hilang la tu. Kuikuikui. Lagi2 aku suka dia pakai spek. Kacak2. Hahaha. 

Tapi kan amik gambar 3 keping ja sebab aku malu2 dengan kawan dia. Hahaha.

Dah la, nak tidoq. esok siang nak beraya.

Ouh, harap2 dia datang rumah. Eh! rindu dia lagi tau. Tak puas jumpa. Kahkahkah. Gediks!

I love you Encik Superman. And selamat hari raya. Saya tahu saya banyak buat salah dengan awak. Muah.\

#bila pulak nak beraya sebagai suami isteri. eh! lariksssssssssss:)

Thursday, August 25, 2011

big hug for you


Boleh saya peluk awak?

Untuk buang rasa bersalah sakiti awak.
Untuk mintak sedikit perasaan tenang.
Untuk rasa yakin awak masih dengan saya.
Untuk percaya yang awak takkan tinggalkan saya.
Untuk buktikan saya memang betul nak jadi milik awak.
Untuk pinjam rasa sifat sabar yang awak miliki.
Untuk serap perangai kool yang ada pada awak.
Untuk jadi matang sama macam awak.

Dan.

Untuk lepas rindu saya dekat awak.
Untuk bisikan yang saya cinta awak.

#terima kasih sebab jadikan saya gadis dalam hidup awak.


Wednesday, August 24, 2011

kekok

Selalunya, apa2 terjadi. Aku lagi pilih conteng di sini, atau di sana. Dua ini juga medium terbaik aku nak sampaikan sesuatu untuk dia. Ya, aku tahu cuma dia yang jadi pembaca di sini dan di sana. Jadi, kalau ada yang tak kena, aku conteng di sini dan di sana dan berharap dia baca. 

Well, aku ada satu perangai. Dari kecik membawa ke besar tak pernah berubah. Buruk perangai. Baran dan bebal. Bodoh. Kadang2 perkara sekecil kuman boleh jadi isu untuk aku bebalkan. Dan perangai ini terbawa ke dalam alam perhubungan aku. Mungkin atas sikap kool dan penyabar dia, sikap bebal dan baran aku menjadi-jadi dan membawa ke kejadian hari ini [baca:kelmarin]

Kejadian yang membawa pulak ke perasaan ini. Kekok. Tiba2 segalanya rasa berlainan. Mungkin kesan bila dia kata "tak mungkin boleh jadi kenyataan nak tengok genggam tangan tok kadi sarung cincin cium dahi....." Atau mungkin saja aku yang berperasaan lebih. Emosi! Tapi memang kekok dan rasa lain.

*lapairmata

Dari segala sudut, memang aku yang salah. Hal bebal, hal mungkir janji, hal merajuk kuat. Ya, ya, ya. Aku semuanya. Maaf. Tapi, sekali saja aku nak tanya, tak nampak kah dia effort aku nak berubah? Takpa lah. Mungkin tak cukup banyak effort aku buat untuk berubah. Dan aku bukan bini dia lagi pun untuk kawal dia dan untuk dapat perhatian dia setiap masa. 

Mungkin lepas ni aku cuma perlu tekup muka dengan bantal sampai sesak dari aku lepas baran dan bebal aku dekat dia.

#kekok

sorry

*bawak diri.

Tuesday, August 23, 2011

i lie to you when i said i want to sleep

Kadang-kadang.

Aku cuma mintak sedikit perhatian dari kau.
Untuk aku terus percaya kau masih milik aku.

Thursday, August 18, 2011

hati merah terbang pergi ke dia.

Untuk kamu yang jauh sejauhnya dari saya.


Saya ada pakwe.
Dia belajar di sebuah universiti swasta.
Dia belajar bahasa perancis untuk kelas bahasa asing.
Dia ambil jurusan automotive maintenance.
Dia sangat suka dengan moto dan kereta lama.
Dia pun dah macam orang lama.
Ops #tekupmulut.

Pakwe saya seorang yang periang.
Dia jugak peramah.
Terutama dengan gadis2.
Dulu2 saya jeles tapi sekarang saya okey.
Sebab saya tahu walau peramah macam mana pun dia dengan sejuta gadis.
Cuma saya seorang dalam hati dia #firasatsayalah.

Kadang2 dalaam satu2 masa.
Setiap pagi dia akan telefon saya dan menjerit2 suruh saya bangun.
Saya tahu la dia jeles saya boleh tidoq dengan lena sedangkan dia kena ke kelas yang bosan.
Dan saya akan mula mamai sambil mengarut ngarut untuk terus lena.
Tapi bila dia letak saja telefon.
Saya dah tak lena.
Saya bangun dan senyum.
Sebab saya ada pakwe yang sweet walau kuat mengusik saya.

Saya dan pakwe saya jarang berjumpa.
Jadi bila kami berjumpa.
Saya adalah manusia paling happy saat tu.
Rasa macam nak jerit
"wei, aku tengah dating dowh" #sarcasm
Eh! Tak. Gurau saja.

Saya seorang yang panas baran.
Tapi pakwe saya adalah air yang sejuk.
Dia selalu tenangkan saya walau akhirnya dia yang kena marah.
Saya sayang pakwe saya.

Pakwe saya selalu cakap nak kahwin dengan saya.
Haih! Teruja tahu. 
Saya pun terus setuju.

Okey tu je nak tulis.
Nanti saya sambung lagi.

#perasan tak dah tak mafia sekarang.

Saturday, August 13, 2011

sebenarnya.

Sebenarnya ada benda saya nak tulis. Tapi saya tak tahu nak mula macam mana, dari mana. Jadi saya biarkan saja post di draft dengan tajuk dan blank space. 

Sebenarnya banyak benda saya nak taip. Semua untuk kamu. Yang selalu bermain dalam otak saya. Tapi saya tak tahu macam mana nak buat ayat mula.

Yang saya tahu. 

Saya rindu kamu.

#sekian.

Tuesday, August 2, 2011

sampai tua


Sampai tua macam tajuk  lagu fynn jamal. Aku pun harap kami sampai tua. Bukan. Sampai mati. Terus bersama. Terus bercinta. Terus bahagia. 

Dua tiga hari ni, lain macam aku rasa. Dengan perangai aku yang macam kena sampuk kejap ok kejap tidak, jauh dalam hati ada satu perasaan yang bercampur baur. Serba tak kena. Mungkin aku dah jauh masuk ke dalam mr. a. Dan aku takut kalau satu hari, dia paksa aku keluar dari dia. Mintak simpang.

Dan aku harap benar, dia takkan cari jalan keluar dari aku lepas dia dah masuk jauh. Harap-harap dia sesat dan terus nak tinggal sini - dalam hati aku selamanya.

#<3 itu cinta.


Monday, August 1, 2011

koken dan cigarette

[Gambar] mr. a macam dadah. makin kenal makin ketagih

Ya. Dia macam koken dan cigarette. Buat aku ketagih. Buat aku hilang punca. Mungkin aku mati kalau dia pergi dari aku-literally?

Kadang-kadang memang aku jadi budak-budak. Tahap insecure aku kat dia tinggi. Kadang-kadang rasa macam takut dia macam-macam belakang aku. Paranoid. Sadis.

Rimas - Memang dia rimas mungkin dengan perangai aku. Tapi dia tak tahu aku lagi rimas sebab berperangai macam tu. Aku tak tahu apa yang boleh buat aku hilangkan perangai ni. Jadi, sampai masa itu, aku harap dia boleh sabar walau ia merimaskan.

#sayang i love you. sorry for everything.