Saturday, April 30, 2011

mr. a bila bebai boleh tahan gedik dia tapi bila aku marah lagi ganas


Kemaren aku pergi berfoya2 dengan kawan2 aku. Kami pilih tempat basah2 untuk kepuasan. Geng mafia mesti la tempat kena thrill. Main slide dalam ayaq habis thrill dah kami rasa. Untuk masa berfoya2 dengan kawan2, henpon kami semua campak dalam loker seharian. Ya. Kami dikelilingi ayaq sampai lupa di darat ada yang menanti merindu.

Bila naik, aku tengok henpon. Ada 5 mesej. 2 dari kawan aku yang tak join kami berfoya2 dan 3 lagi dari Mr. A. Aku tahu dia rindu aku. Baru tinggal seharian dah rindu. Sweet betul. Tapi mesej terakhir dia memang tak sedap betul aku baca. Dia suruh berfoya2 sampai esok [baca:hari ini]. Aku mula tak senang hati. Ada unsur bebai ditinggalkan di situ.

Aku mula mesej dia. Tak ada reply.

Aku order burger. Apa kena mengena ni?

Aku call pula. Operator suara perempuan yang jawab. Babi.

Aku pilih keychain. Aku snap dua tiga gamabar. Masih mood berfoya2. 

Aku call kali kedua. Operator suara perempuan yang jawab kali kedua. Lancau.

Lima minit aku diam.

Dia mesej. Suruh berfoya2 lagi. Aku gelak. Aku kata dah puas berfoya2. Dia bebai lagi. Aku reply mesej muah2 pun dah tak mampu buat dia gersang. Ceh. Aku anak mafia. Mana reti pujuk2. Tapi merajuk reti. Haih. Aku garu kepala. Aku mms gambar keychain nama aku dengan Mr. A biar nampak sweet. Dia suka tapi bebai lagi. Gedik betul bebai lama2. Last2 aku bukak cerita aku nak beli rantai tangan. Dan berkesan. Dia tak bebai. Hehe. Ceh penat aku pujuk. Baik aku bukak cerita lain dari awal. Huhuhu. Tapi comel pulak Mr. A bila bebai. Selalu aku je bebai, sekali sekala dia bebai jadi lain macam perasaan nak memujuk. Heeee:)

Tapi, lepas tu bila kantoi dia sakit perut sampai cirit birit dan perut masuk angin sebab tak makan aku terus meletup marah kat dia. Dah jadi bangang pulak aku bila Mr. A sakit aku tak ambil peduli siap berfoya2 dengan kawan2 tinggalkan dia. Tambah lagi dia topupkan kredit henpon untuk aku tapi dia sendiri tak makan sebab tak ada duit. Aku rasa macam erkk teruknya aku. Aku tacing. Marah aku sampai Mr. A hantar mesej ayat sedih baru aku hilang marah kat dia. Lepastu kami pun mesej gembira2 balik. Hekhekhek. Gedik's.

Tapi ni sekali lagi Mr. A dok bebai sebab aku takmau mandi dari pagi tadi dia suruh. Macam dia bau busuk aku tak mandi sampai bebai2 suruh aku mandi. Aku ingat lepas mandi kalau dia bebai lagi aku nak bukak cerita pasal nak beli sabun pula. Mungkin dia tak bebai dah lepas tu. Hehehe.

#Mr. A saya rindu kamu. Balik sini cepat2 ye sayang.

Tuesday, April 26, 2011

bahagia

[Gambar] my smile only appear when you beside me

Sabtu dan Ahad lepas Mr. A balik kampung. Jadi tahap gedik aku meningkat secara tiba-tiba. Jerawat galak yang tak pernah timbul tiba-tiba berteduh elok kat pipi putih aku. Amboi. Peluang yang ada untuk kami jumpa, kami gunakan sepenuhnya melepaskan rindu. Lepas rindu bukan lepas sangap. Jangan biru sangat otak tu.

Hari pertama jumpa. Mr. A bawak aku pergi makan dekat kedai makan dekat depan taman rumah dia. Lepas tu kami pusing satu tasik. Agak bosan kami terus pergi tepi pantai. Amboi sweet kemain duduk tepi pantai sambil main luku kepala. Itu cara anak mafia macam aku berkasih sayang. Kamera henpon 2.0 megapiksel aku dah kami anggap macam DSLR harga ribu2 tu kemain bahagia snap gambar. Puas lepak tepi pantai kami balik.

Hari kedua jumpa. Mr. A dah tak tahu nak kemana. Jadi kami pergi satu tempat dalam hutan. Eh, bukan pergi buat benda tak senonoh. Dala hutan tu ramai orang pergi. Sebab ada gua. Ada sungai boleh mandi. Nama tempat tu Gua Kelam. Hehehe. Tapi sayang, titi runtuh jadi kami tak boleh masuk dalam gua. Kereta api pun tak jalan. Okey. Esok aku ingat nak ajak geng aku bakar je tempat tu. Senang. Tak dak la nanti ada pulak yang pergi sia-sia macam aku dengan Mr. A rasa. 

Lepas tu kami pergi makan kat kedai yang tak bagi sudu dan garfu kalau order nasi putih. Memang pure ciri2 kemelayuan kat kedai tu ajar pelanggan makan guna tangan. Lepas tu Mr. A bawa aku pergi tempat rekreasi ada bukit. Mr. A cabar aku panjat bukit tu. Sebagai anak mafia yang pantang dicabar, aku terus tarik tangan Mr. A ajak panjat sama2. 

Setengah jalan aku dah pancit. Gila kau pakai jeans, pakai kemeja, pakai selipar tiba-tiba panjat bukit. Memang goyang lutut oeky. Tapi aku kan anak mafia yang gigih. Lepas Mr. A peluk sikit belakang, cium dahi lebih kurang, terus semangat balik. Sampai puncak bukit, aku tersandar kat batu mintak nyawa. Penat dia tuhan ja yang tahu. Time penat tu, memang pesen aku mulut automatik membebel bukan-bukan. Mesti Mr. A penat layan perangai aku time tu. Hehehe. 

Sampai bawah, sebotol mineral aku langah dengan penuh gaya. Fuh. Nikmat.

Memang nanti kalau jodoh aku dengan Mr. A panjang, kami kawin dapat anak, dapat cucu. Bila cucu tanya nanti apa tok dulu masa muda2 time bercinta dengan tokwan tok buat apa? memang aku akan jawab dengan penuh gaya tok mafia time tu tok dengan tokwan dulu bercinta gaya ganas, kami panjat bukit time dating. Style kan cu. Hekhekhek. Kompem cucu2 kami ternganga terus ajak pakwe/awek masing2 panjat bukit jugak. Nasib la sapa yang kapel dengan cucu kami nanti. Hahaha.

Sekarang ni Mr. A dah ada kat Bangi. Lagi sebulan kot dia balik sini pula. Aku pun jadi anak mafia control ayu balik. Mesej dengan call ja pengubat rindu. Harap-harap Mr. A jaga diri baik2 kat sana. Tak gatal2 dengan awek lain. Bukan aku jeles. Cuma aku takut Mr. A dengan awek tu dapat pengalaman makan bata dari aku. Huhuhuhu.

Mr. A. Anak mafia ni sayang kamu. Rindu kamu tahu even baru sehari kamu balik pi Bangi. Cepat-cepat balik sini okey. Tak sabar nak beramas mesra lagi dengan aku. Aummmm.

#Mr. A bebai aku tak bagi url blog ni. kehkehkeh.

Monday, April 25, 2011

sayang saya Mr. A


[Gambar] dalam perhubungan

Aku anak mafia. Dia Mr. A. Yang suka buli aku. Cis, memang jatuh saham aku sebagai anak mafia asyik kena buli dengan Mr. A. Tapi aku sayang dia sangat-sangat. Sebab Mr. A sangat sweet. Sweet dengan cara dia sendiri.

Sekarang ni Mr. A dalam dewan dekat universiti dia tengah solat hajat. Aku pulak dekat rumah sewa tengah buat blog ni. Dia tak tahu pun. Sebab aku cakap kat dia aku deactive blog aku sebelum ni. Padahal aku tukaq nama blog dengan url. Aku save as draft semua entry lama. Dan aku cipta blog ni.

Part best nama blog ni Mr. A yang bagi. Saja aku cakap nama blog dia bagi tak ganas. Masakan anak mafia nak guna bunga-bunga buat jadi nama blog. Tak macho langsung. Tapi sebab aku anak mafia yang hati cute, aku guna jugak nama blog Mr. A cadangkan. Baru nampak ada nilai sentimental kan kat blog aku ni. Okey fine. Aku anak mafia jiwang sikit. Lalalala.

Sekarang ni aku dah jemu pulak. Nak mesej Mr. A nampak sangat aku ni angau sampai dia pi solat hajat pun nak jugak mesej. Cis. Aku kena juga jaga air muka anak mafia yang solehah ni. Jangan sampai semua kata anak mafia menag semua jahil. Tidak. Tu fakta salah. Anak mafia ada jugak yang beriman. Layak buat bini. Kan Mr. A?

#aku rasa kena off sebelum kantoi aku buat blog ni. kalau blog ni reveal kat orang yang kenal aku. malu>.<'