Monday, April 25, 2011

sayang saya Mr. A


[Gambar] dalam perhubungan

Aku anak mafia. Dia Mr. A. Yang suka buli aku. Cis, memang jatuh saham aku sebagai anak mafia asyik kena buli dengan Mr. A. Tapi aku sayang dia sangat-sangat. Sebab Mr. A sangat sweet. Sweet dengan cara dia sendiri.

Sekarang ni Mr. A dalam dewan dekat universiti dia tengah solat hajat. Aku pulak dekat rumah sewa tengah buat blog ni. Dia tak tahu pun. Sebab aku cakap kat dia aku deactive blog aku sebelum ni. Padahal aku tukaq nama blog dengan url. Aku save as draft semua entry lama. Dan aku cipta blog ni.

Part best nama blog ni Mr. A yang bagi. Saja aku cakap nama blog dia bagi tak ganas. Masakan anak mafia nak guna bunga-bunga buat jadi nama blog. Tak macho langsung. Tapi sebab aku anak mafia yang hati cute, aku guna jugak nama blog Mr. A cadangkan. Baru nampak ada nilai sentimental kan kat blog aku ni. Okey fine. Aku anak mafia jiwang sikit. Lalalala.

Sekarang ni aku dah jemu pulak. Nak mesej Mr. A nampak sangat aku ni angau sampai dia pi solat hajat pun nak jugak mesej. Cis. Aku kena juga jaga air muka anak mafia yang solehah ni. Jangan sampai semua kata anak mafia menag semua jahil. Tidak. Tu fakta salah. Anak mafia ada jugak yang beriman. Layak buat bini. Kan Mr. A?

#aku rasa kena off sebelum kantoi aku buat blog ni. kalau blog ni reveal kat orang yang kenal aku. malu>.<'

No comments:

Post a Comment