Friday, September 9, 2011

long-distance love


Cinta jarak jauh. Yeah. Aku dengan Mr. A dalam perhubungan jarak jauh. Dia nun di sana dekat Bangi, Selangor dan aku di sini, Pulau Pinang. Kurang lebih kami terpisah dalam jarak 372 kilometer. Itu kalau naik kereta, bas, lori. Kalau naik train? 7 jam kot. Kalau jalan kaki? Ikut kata google map 3 hari weh. 3 hari! Mahu aku sampai depan dia, dia tak kenal aku. Sebab muka hitam legam dia lagi putih dari aku sebab sun burn. Ceh! Jauh kan kami. Hahaha. 

Memang satu jarak yang boleh buat sesak nafas bila tiba2 perasaan rindu nak tarik rambut ke, nak bau ketiak ke erk bau ketiak pun nak rindu time2 bercinta ni. Ceh! Ouh, rindu nak lepak sama2 ke, nak lentok kepala atas bahu ke. Yeah, memang mintak air mata bertakung jugak lah. 

Memang dari mula lagi kami dah dalam keadaan yang jauh antara satu sama lain. 8 bulan lebih yang lepas, waktu aku jadi gadis Mr. A, dia di Perlis dan aku di sini jugak, Penang. Bila aku masuk kolej di Perlis, dia dah selamat di Bangi, sambung study. Jadi sudahnya, memang kami jarang berjumpa. Dan henpon memang penyelamat dunia. Yeah. facebook jugak. Blog ini dan blog itu jugak. Ouh! Skype jugak. Benda2 ni lah yang sambungkan aku dengan Mr. A. Yang jadikan impian aku kenyataan bila tiba2 nak dengar suara dia, nak tengok muka dia. 

#Agak2 kalau main surat2 tempek setem macam dulu2 tu best ke tak ha? Atototototo.

Yes, long-distance love ni memang kadang2 terlalu menguji. Berapa kali dah aku tersasar berperang dengan dia sebab rasa insecure yang tinggi. Tiba2 jadi tak percaya kat Mr. A. Jadi curiga dengan Mr. A. Terfikir bukan2 tentang dia yang jauh. Always aku yang mulakan. Aku yang rasa emo dia busy dengan assigment dah kata tadak masa dengan aku. Ops. Aku harap dia tak bosan dengan perangai aku T________T

Memang ramai yang kata, long-distance love ni selalu tak menjadi kalau tadak sifat jujur dan setia. Kalau tak kuat dengan percaya. Jadi aku sebolehnya tanam rasa percaya aku kat dia. Walaupun kadang2 aku guna jugak friend finder yang suka menipu tu untuk trace kat mana Encik Superman aku ada. Kehkehkeh. 

Aku ada baca dalam satu blog ni quote tentang long-distance love. 

Long-distance relationship is beautiful if only you put all your trust into your love for it is one of the reason your love stay forever.

Yeah, aku sedang tanam rasa percaya yang tidak berbelah bahagi untuk Mr. A. Aku sedang setiakan diri aku untuk Mr. A. Aku sedang jadi manusia jujur untuk terus hidup dengan Mr. A. Harap2 semua ni tak sia2. Harap2 Mr. A jugak sama. Harap2 dia jugak punya rasa yang sama dengan aku untuk hubungan kami.

Dan aku harap masa pantas berlalu untuk sampai ke waktu Mr. A dan aku jadi yang halal untuk bersama.

Untuk kesekian kalinya aku dalam perhubungan, aku harap ini yang terakhir dan selamanya. Aku harap tuhan tak tarik rasa cinta aku untuk Mr. A dan tuhan tak buang rasa cinta Mr. A untuk aku. Aku harap kami akan terus bersama. Aku harap tulang rusuk kiri yang menjadikan aku ini milik Mr. A. 

#aku tak tahu kalau dia masih tetap baca blog ni, tapi kalau dia baca, aku harap dia tak rasa annoying dengan segalanya tentang aku.

No comments:

Post a Comment